Tuesday, April 14, 2020

TIPS BUAT DUIT CEPAT MASA COVID 19


7BENDA KAU ORANG BOLEH BUAT
DUIT CEPAT WAKTU VIRUS COVID 19.

Waktu Covid 19 menyerang seluruh dunia ramai rakyat seluruh dunia terkesan dengan pendapatan mereka. Maka sesetengah Negara miskin amat takut untuk menyuruh rakyatnya duduk di rumah 

berkurung oleh kerana kerajaan mereka tidak berupaya untuk menanggung bebanan kewangan.

Bersyukur juga sebab kerajaan kita masih mampu untuk memberi pelbagai kemudahan disamping usaha Bank Negara Malaysia dan kerjasama bank-bank untuk meringankan beban peminjam mereka dengan memberi penangguhan bayaran balik pinjaman perumahan dan kereta.
Dengan kemudahan ini jangan lah kita rasa amat selesa dan terlupa hanya menunggu untuk meminta sahaja.
Dikongsikan cara pantas untuk buat duit waktu Coid 19 ini.

1.  Jadi rider lorong

Disamping anda pergi membeli barangan keperluan anda boleh lah juga memberikan perkhidmatan untuk lorong atau kawasan kejiranan anda untuk membeli barangan keperluan. Dengan cara ini anda dapatlah extra income maka dapatlah berjimat. Jika seorang jiran anda kenakan caj RM2. Jika 10 orang dah adalah RM20 lepas lah barangan basah anda untuk hari itu.

2. Jadi e-hailing rider

Daftar dengan mana-mana operator e-hailing penghantaran makanan, baik anda mempunyai moto atau kereta. Ini pun satu kaedah mudah nak dapatkan income segera dan kini permintaan terhadap perkhidmatan ini amat tinggi oleh kerana runner yang ada tak mencukupi. Tambahan operasi perniagaan teah di hadkan dari 8 pagi hingga 8 malam.

3. Jual makanan

Yang ini saya lihat ramai yang buat di kejiranan saya. Kalau tiap-tiap hari isteri memasak jenuh jugak kan, sebab kadang-kadang menu dah habis pusing dah. Oleh itu sekali sekala nak juga rasa menu lain. Chiken Chop, Beryani gam, lamb chop, pasta, kek choklat dan banyak lagi lah. Yang ada kemahiran untuk memasak dan buat kek tu boleh lah asah skill sekarang. Masak menu dengan mengambil tempahan awal. Maka anda boleh masak mengikut tempahan.

4. Study business online

Time dah ada banyak ni bolehlah study tentang business online. Sekarang ni banyak aje kaedah nak buat business online tanpa modal, boleh tengok di youtube atau boleh google aje website. Pastikan anda tidak melaburkan dengan kos yang banyak untuk belajar business online ni ya.

5. FB Ads Consultant

Bolehlah hubungi perniaga-perniaga kecil untuk membantu mereka setupkan fbads, kepada mereka yang mahir.
Cara ini anda boleh uga dapat etra income dengan menggunakan kemahiran anda.

6.  Urus kewangan

Jika anda seorang financial planner dah boleh ambil upah untuk menyediakan portfolio rakan-rakan pada masa ini. Sebab mereka pun nak tau apa yang mereka perlu buat dengan kewangan mereka. Ada yang dah dapat gaji dalam masa yang sama ada lebihan kewangan so apa mereka nak buat. Bantu mereka bina portfolio mereka dengan sedikit bayaran yang anda kenakan.

7. Tutor

Jika anda mempunyai ilmu dah boleh lah buka online classroom. Boleh ajar anak-anak duduk dirumah supaya masa mereka tak terbuang begitu saja. Ada juga sahabat saya mengadakan kelas mengaji secara online. Seminggu ada 3 hari kelas. Sambutan menggalakkan. Sebelum ini agak sukar dengan masakan. Ada juga buat kelas mengajar memasak, pastry, buat kuih dan bayak lagi.

Ini adalah diantara perkara yang boleh memberi pendapatan tambahan pada anda. Sudah pasti anda juga mempunyai idea yang lebih kreatif  untuk memastikan anda memperolehi pendapatan tambahan.

Gunakanlah masa yang terluang ini untuk memberi kelebihan pada diri anda. Paling tidak bacalah buku atau tontonlah youtube untuk belajar sesuatu, seperti bina website, start tulis blog atau membina channel youtube anda sendiri.


STAY AT HOME
STAY HEALTHY
STAY WEALTHY




No comments:

Post a Comment