Monday, April 13, 2020

5 TIPS KEWANGAN WAKTU PERINTAH KAWALAN PERGERAKKAN







Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) telah masuk fasa ke dua dan kini menunggu kepada perutusan perdana menteri telah mengumumkan fasa ketiga PKP di teruskan.

Melihat kepada keputusan pesakit yang positif coid 19 melihatkan agak sukar untuk menarik balik PKP pada masa ini. Masih terdapat lebih 100 orang yang positif covid 19 hasil daripada keputusan pemeriksaan. Masih terdapat lebih 8,000 orang yang masih belum mendapat keputusan mereka dan angka ini kian bertambah setiap hari.

Apabila fasa ke 3 di sambung maka akan ada implikasi yang mungkin akan memberi kesan kepada rakyat. Walaupun pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan rakyat tidak di himpit kesempitan pada masa fasa ke 3, dan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku pada masa akan datang. Tidak seorang pun boleh ketahui apa yang bakal berlaku.


Oleh itu perancangan yang baik amat di perlukan pada masa kini. Seperti mana kerajaan membuat  beberapa perancangan begitu juga dengan kita, individu rakyat Malaysia.

Disini saya ingin kongsikan 5 perkara yang boleh anda lakukan bagi memastikan kewangan anda berada dalam keadaan stabil.
Kewangan adalah isu utama pada setiap keluarga pada masa kini. Malah urus kewangan pada masa pandemic covvid 19 ini, lebih memerlukan pengorbanan kita untuk lebih kedekut dalam membelanjakan kewangan kita.

# 1

PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI ALIRAN TUNAI
Anda harus semak kedudukan kewangan tunai anda. Mulakan dengan segala simpanan tunai yang anda perolehi. Pastikan simpanan tersebut boleh Dilakukan transaksi secara atas talian. Pada masa kini urusan perbankan masih beroperasi seperti biasa kenalah bersedia jika kemungkinan perbankan terpaksa di hentikan secara sementara.
Masa ini jika simpanan tunai anda tidak di “link” secara online maka akan menyukarkan anda bila memerlukan.

# 2

BERIKAN KEUTAMAAN SIMPANAN
Ramai yang dah mula nak buat simpanan apabila ada lebihan. Itu adalah terbaik dan tidak kurang pula yang panic kewangan apabila ada segelintir yang mula nak mencairkan asset di unit amanah ataupun di bursa Malaysia.
Ia bukan satu langkah yang bijak. Jangan PANIC bertenang dan senaraikan segala simpanan yang dalam bentuk unit amanah atau saham yang ada. Disamping itu perkukuhkan DANA KECEMASAN anda. Pastikan agihan % pada kewangan anda.

# 3

PANTAU PERBELANJAAN
Pada Isnin lepas ramai rakyat Malaysia telah memperolehi bantuan prihatin rakyat yang telah di umumkan oleh perdana menteri. Malah bukan saja bantuan kewangan, bantuan penangguhan bayaran pinjaman perumahan dan kereta juga telah berjalan Sehingga bulan Oktober 2020.
Pastikan anda mula memantau perbelanjjaan anda. Jangan boros dan ghairah untuk membeli secara “online” ini akan menyebabkan habit ber shopping mengikut nafsu bukan ikut keperluan.
Jika boleh tangguhkan lah sebarang pembelian yang tidak perlu. Anda dah boleh pantau perbelanjaan secara harian atau mingguan denan cara ini anda akan tau kedudukan kewangan anda.

# 4

BAYAR PINJAMAN KAD KREDIT
Pada masa ini adalah tempoh terbaik untuk anda menstruktur semula kewangan anda. Pastikan bayaran kad kredit adalah di utamakan untuk memastikan baki kad anda berkurangan dan seterusnya langsai. Kerana kad kredit tiada penangguhan bayaran ya.
Kad kredit akan terus berjalan kadar faedah dan denda jika pengguna gagal untuk membayarnya. Buat lah pengiraan sendiri, % yang di kenakan terlalu tinggi.

# 5

SUMBANGAN
Pada yang mempunyai kelebihan dari segi kewangan ini, dimana majikan masih memberi gaji pada masa yang sama sumbangkanlah peratusan tertentu kepada mereka memerlukan.
Waktu ini lah kita perlu saling bantu- membantu, tinjau-tinjaulah jiran teertangga kita yang mungkin bekerja sendiri, atau bekerja secara komisen mungkin mereka mengalami masalah membeli bekalan makanan.
Terutama bagi mereka yang masih memperolehi gaji yang di bayar oleh syarikat masing-masing sewaktu PKP ini.

Pada waktu ini memang kita memerlukan sokongan pada semua pihak untuk memastikan rantaian covid ini dapat di putuskan. Moga kita dapat meneruskan kehidupan normal seperti sebelum ini.
Ini adalah satu catitan sejarah yang terbesar yang berlaku seluruh dunia.


STAY AT HOME
STAY HEALTHY
STAY WEALTHY

No comments:

Post a Comment