Tuesday, December 3, 2019

WANG BUKAN SEGALANYA TAPI....


Dalam kehidupan sering kali kita akan dengar tentang kisah, wang bukan lah segala-galanya kerana wang tidak boleh membeli kebahagiaan.

Tapi sering kali juga kita dengar bahawa tanpa wang segalanya tidak akan dimiliki. Malah kebahagian pun sukar.

Kebahagian ini adalah subjektif pada setiap orang. Lain orang lain matlamat mereka. jadi jangan terlalu ikutkan pada kemahuan atau kehendak orang lain sebab ia agak berlainan dari kehendak dan keperluan kita.

Wang memang bukan segalanya itu sebab kita perlukan keseimbangan untuk memperolehi kehidupan yang kita hajatkan dan kita kehendakkan.

Tapa wang pun kita sukar untuk kecapo kebahagian. Jka terlalu banyak wang pun, takut kita lupa diri.

Oleh itu kehidupan perlu pandang pada orang yang susah supaya kita insaf dan boleh membantu mereka.
Dan perlu juga mendongak keatas melihat bagaimana orang kaya dan berjaya bekerja.
Dengan cara ini kita dapat mempertingkatkan standard kehidupan kita.

Cuba perhatikan standard kita sebenarnya sudah makin meningkat. Dulu mungkin kita makan di kedai kaki lima dan di warung-warung. Apabila pendapatan makin bertambah maka kita akan memilih kedai-kedai makan yang lebih selesa.

Malah samapai satu masa kita dah mula makan di hotel-hotel atau di kedai makan yang lebih mewah.

Ini menunjukkan perubahan pada standard kemampuan kita.
Ole itu berusahalah untuk meningkatkan lagi pendapatan dan merasai pengalaman pada standard yang lebih tinggi.


WANG BUKAN SEGALA-GALANYA TAPI, SEGALANYA MEMERLUKAN WANG.

No comments:

Post a Comment