Tuesday, December 10, 2019

Nak sangat Melabur Emas


Pelabur Emas Tegar

Emas merupakan salah satu medium pelaburan yang mempunyai ciri tersendiri. 
Adakah langkah bijak melabur emas, sewaktu harga emas sedang naik tinggi?


Kebelakangan ini sering diperkatakan, kumpul emas lebih baik dan menguntungkan dan banyak lagi kelebihan emas.

Malah emas, juga ada didalam kitab suci Al Quran.

Firmah Allah bermaksud:-

“Mereka itu disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah syurga tempat berehat yang sebaiknya.”(Surah al-Kahfi: 31)Maka ramai lah bertanya adakah pelaburan emas ini lebih menguntungkan?Adakah Emas merupakan pelaburan yang terbaik pada masa kini?Adakah emas patut di simpan oleh setiap orang untuk memastikan ia tidak tergugat kan nilai,jika inflasi meningkat?Ramai pelanggan saya yang mula bertanya perkara sebegini. Apa jawapan anda tentang pelaburan emas ini?Ada banyak perkara yang boleh anda dapati jika anda lakukan carian tentang emas di google. Sudah tentu pelbagai jawapan dan maklumat kelebihan dan kekurangan yang pasti anda perolehi.Untuk anda yang masih berbelah bagi untuk melabur dalam emas sekarang atau kemudian.Berikut saya kongsikan tips untuk anda memulakan pelaburan emas tersebut.        1. Objektif Melabur Emas.            Apakah objektif anda ingin melabur emas? Sudah pasti untuk                                mendapatkan keuntungan kan? Tapi berapa lama yang perlu anda tunggu                untuk memperolehi keuntungan tersebut?       2. Strategi Melabur Emas.           Setiap simpanan perlu ada strategi, tidak boleh nak main belasah aje. Jika             salah strategi maka akan menanggung kerugian pulak nanti. Jadi apakah               strategi anda untuk melabur dalam emas.       3. Modal untuk melabur Emas.          Berapakah modal yang diperuntukkan untuk anda membeli emas? Adakah              dengan pembelian lum sump maksudnya dengan sekali beli aje lepas tu                  tunggulah harga emas itu naik.           Atau anda perlu melabur emas secara berkala. Maksudnya bulan ni beli 1              gram, dua bulan lagi beli lagi 1 gram. lagi tiga bulan beli lagi dan                        seterusnya.      4. Ilmu tentang Pelaburan Emas         Ini perkara yang amat penting yang ramai orang lupa. Bila mula orang nak           melabur emas, semua orang mula kelarkan duit simpanan, stop bayar                     takaful, mula cungkil duit pendidikan anak-anak sebab mula lah nak                     membeli emas pada ketika orang sibuk dok kata harga emas merupakan                 harga tertinggi tahun ini.          Ilmu pelaburan emas, wajib ada. Sekarang zaman teknologi segalanya di               hujung jari cari aje di google tentang pelaburan emas sudah pasti anda akan           dapat 1001 perkara tentang emas. 
Oleh itu anda perlu ada ilmu berkaitan dengan pelaburan emas. Emas memang amat penting jika berlakunya kemelesetan ekonomi, pada waktu itu harga emas adalah harga yang lebih stabil. Oleh itu anda perlu membuat kajian dan penilaian supaya pelaburan emas anda akan mendapat pulangan yang terbaik.
Selamat melabur. 

No comments:

Post a Comment